Adab Bersin Tambah Rahmat, mampu elak penyakit…

Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna.

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma’thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz ‘Alhamdulillah’ yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan ‘Alhamdulillah’ didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz “Yarhamukallah’.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: “Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

“Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu.”

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

“Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan ‘Alhamdulillah’ tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan ‘Yarhamukallah’.

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: “Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: “Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah.”

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
Saya sekadar menyampaikan ilmu yang saya perolehi.
Di petik dari Berita Harian 13 Ogos 2009

No comment »

Talkin Untuk orang Asli mati - Lawak untuk yg stresssss…..

Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat kuantan dulu… Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ… ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang… itupun kalau sudi nak baca…
Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca ‘ucapan’ macam imamlah… ) bunyinya camni :
“HAI AJISS… MATI JUGAK KAO AJISS… SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG… ( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA… YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU… KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN… KAO ELAK KE KIRI… KALAU DIA pUKUL DARI KIRI… KAO ELAK KE KANAN… KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN… KAO ELAK KE BELAKANG… KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG… … … … ..PANDAI-PANDAI KAOLAH AJISSSSS… … ”
Pastu komat kamit lah mulut pemberi ‘ucapan’ tu… dan diorang pun beredar dari situ… dari mula sampai habis ‘ucapan’ , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia… bila orang asli tu tanya ngape… kawan aku cakap. “sedih… .”
Pengajarannya… … … . Dia orang pun percaya juga kat alam kubur… … … … .

 

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

 Zaidah  Hj Ibrahim Analysis Kredit Infrastruktur (Pembiayaan Projek) Aras - 21 Ext No. - 03-26113075    **2 Hati Mencintai Ilahi..Bergabunglah Jiwa Bersatulah Hati, 2 Jiwa 1 Cinta, 2 Jasad 1 Matlamat, Bila Cinta Kerana Allah…Berpisahnya Tidak Gelisah, Ukhwah Itu Indah Bila Terjalinnya Kerana Allah”  

Comments (1) »

Amalan terbalik….Betulkan segera!!!!

 

 

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan
harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau
bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin
kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang
terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)
adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah
telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk
meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa
kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang
membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau
harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan
untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan
segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih
kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang
terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak
makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan
yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan
rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti
yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan
tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah
orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi
dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka
dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka
dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak
boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen
baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran
nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak
dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti
pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan
kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap
tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan
main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang
dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang
lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk menghantarkan sms atau emel dalam bentuk
gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar
dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward
emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??…..
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut
selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu
ayat.” (Riwayat Bukhari)

No comment »

petikan drpd blog Ust Amin - Universiti Kehidupan 94

“Ustaz, boleh tak kami nak jumpa. Ada hal penting ni” kedengaran suara seorang kakak dari telifon saya.

“InsyaAllah, nanti kak jumpa saya selepas saya habis mengajar hadith di Yayasan Restu ye,” jawab saya.

Hari ini selepas kelas hadith bersanad di Yayasan Restu, telifon saya sekali lagi berbunyi:-

“ustaz, dah ada kat ofis ke?, kami dah nak sampai ni” katanya.

“Oh, ingatkan, nak jumpa dekat Yayasan”, bisik hati saya.

Ye ye.. sekarang juga saya bertolak kak. Dalam lima minit lagi, insyaAllah, saya sampai” kata saya pada kakak yang tidak saya kenali ini.

Sesampainya di ofis, sudah ada seseorang yang menunggu saya. Saya mempersilakan orang ini masuk. Dia membincangkan mengenai anak yatim al-Ijabah yang diusahakan.

Lima minit kemudian, dari cermin ofis, saya melihat, masuk dua orang perempuan. Pekerja saya mempersilakannya duduk sebentar.

Saya cepat-cepat menghabiskan perbincangan dengan orang pertama tadi.

Selepas orang ini meminta diri, saya mempersilakan kedua-dua orang kakak ini masuk ke dalam ofis.

“Ye kak, apa yang boleh saya bantu? Kata saya.

“Ustaz, saya dengar, ustaz sedang usahakan untuk mengeluarkan orang-orang Islam tu dari gereja ye.” Salah seorang dari mereka memulakan perbualan.

“Bukan saya kak, tapi sahabat-sahabat semua,” kata saya.

“Abis, ustaz nak letakkan dia orang ke mana? Tanyanya lagi.

“Doakan kak, kita sedang usahakan alternative semampu yang dapat. Kita pun tak mahu keluarkan mereka, kemudian mereka terabai. Setakat ini, yang masih mampu uruskan diri telah mula dikeluarkan. Tetapi yang terlantar, kita perlukan keperluan-keperluan yang banyak juga kosnya. ”

“Terima kasihlah ustaz,” katanya.

“Kenapa kak?” kata saya kerana tidak faham sebab ucapan terima kasihnya.

“Sebenarnya, antara penghuni di situ adalah adik kami.” Kata salah seorang dari kakak ini.

“Beberapa bulan dahulu, dia hilang dari pengetahuan kami, hinggalah akhirnya pihak hospital hubungi saya. Pihak hospital menyuruh saya mengambil adik saya ini dari sana. Rupanya dia telah terlantar tenat.” Kakak ini menjelaskan.

“Saya membawanya pulang ke rumah saya. Saya tidak tahu bagaimana ingin menguruskan dengan baik. Hinggalah ada pihak yang mencadangkan agar saya menghantarnya ke gereja ini” dia meneruskan ceritanya.

“Kami tak ada pilihan ustaz. Di Selangor tidak ada tempat yang dibuat oleh orang Islam. Ketika di gereja ini , mereka menjaga adik saya dengan baik. Mereka suapkan dia makan, jaga ubatnya, mandikan dia, sapu ubat pada badannya, Alhamdulillah banyak peningkatan dia ustaz. Dari diusung, sekarang dia sudah boleh berjalan seperti biasa”. Katanya lagi.

Saya terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa. Tiba-tiba, saya diajukan soalan yang saya tak tahu cara terbaik untuk menjawabnya. Ia ibarat gunung yang cuba dihempapkan ke atas kepala saya

“Ustaz, berdosakah kami menghantarnya ke gereja ini ustaz? Kami tidak ada pilihan. berdosakah kami ustaz?” Soalan itu diulangkan kepada saya.

Saya boleh memberikan jawapan:-

“Kak, haram hukumnya, kena keluarkan, tak boleh macam tu, kena tawakal,.. bla..bla.bla..”

Atau:-

“Kak, sabarlah, biarkan saja dia di sana, Tuhan bersama orang yang sabar.. bla.. bla.. bla..”

Atau

“Itulah, kita orang Islam ni,macam nilah, orang lain boleh buat, kenapa kita tak buat,.. bla.. bla..bla..”

Atau seribu jawapan yang lain. Tapi, mana satukah jawapan terbaik? Saya boleh berikan jawapan beserta dalil-dalil Quran dan Hadith tetapi ia hanya memberitahu saya,

“Emmph, cakap aje pandai, apa yang kau dah buat?”

Akhirnya, dengan suara yang rendah saya memberikan jawapan yang tidak ada kena mengena dengan soalan.

“Kak, doakan ye, kita usahakan yang termampu”

Secara peribadi, saya memang mengakui bahawa, saya terlalu daif dan lemah. Kita boleh sembunyikan kisah ini untuk menyembunyikan kelemahan diri kita. Atau kita kena jujur mengakui bahawa kita memang lemah.

Paling kurang, dengan mengakui kelemahan diri, kita tahu, di mana untuk bermula. Jika tidak rasa, kita mempunyai kelemahan, nanti kita akan mencipta alasan untuk merasionalkan, kenapa kita tidak berbuat sesuatu.

“Tuhan, aku tidak tahu apa jawapannya. Tapi, adakah isu ini sindiran dariMu Tuhan, jika ini sebagai sindiran mengenai rapuhnya Ukhwah Islamiah kami umat Islam, ia satu yang perlu diperbaiki segera, bantulah kami Tuhan” Bisik hati saya.

Sehingga ke akhir pertemuan, saya tidak mampu berkata apa-apa. Hanya senyuman terus cuba diukirkan walaupun terlalu pahit rasanya.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk seluruh yang cuba mengusahakan perkara ini. Semoga Allah titiskan juga keikhlasan kepada mereka, dan semoga, cita-cita mengeluarkan sahabat seIslam kita dari gereja ini ditunaikan Allah, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Bandar Hilir Melaka
9 Julai 09, jam 1.00 pagi.

Comments (1) »

Perginya seorang Lagenda…

LOS ANGELES - Raja muzik Pop dunia Michael Jackson meninggal pada usia 50 tahun, semalam 25 Jun 09, demikian laporan jaringan TMZ dan Reuters. Jacko nama gelaran Michael Jackson dinyatakan meninggal akibat serangan jantung setelah tiba di hosital di Hospital UCLA Medical Center, Los Angeles (AS).

Salah seorang juru cakap dari keluarga Michael Jackson, Brian Oxman berkata kepada CNN, adik dan kakak Jackson, La Toya dan Jermaine berada di hospital ketika itu.

Jackson menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang pukul 12.30 waktu di sana. Paramedik segera menghantarnya ke hospital tetapi Jacko sudah meninggal dunia. Oleh kerana Michael Jackson sudah memeluk Islam, sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Jacko.

Michael Jackson memeluk Islam pada hujung tahun lalu dan menukar namanya ke Mikaeel.

Kisah di isuhangat Michael Jackson memeluk Islam di:
http://isuhangat.blogspot.com/2008/11/michael-jackson-memeluk-agama-islam.html

No comment »

KEPADA WANITA2 KAT LUAR SANA…

KEPADA WANITA2 KAT LUAR SANA ….

Baru dapat tahu dari seorang kawan THAT adik ipar dia, seorang perempuan, menjadi mangsa samun dan bunuh di Sunway. Berlaku kira-kira jam 9 PAGI, beliau sedang memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan ditikam di Sunway. Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75% darahnya akibat tikaman tersebut.

2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.

Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini . Dalam TV, rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan tersebut, 2 kejadian dipaparkan.

Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.

Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang . Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menuruh wanita tersebut memeriksa sama ada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki itu telah memandu kereta tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap). Dia juga telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la dalam 3-4 inci).

So FRIENDS, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin ataupun belum. Sebab yang di Gombak tue rasanya dah bersuami. Per ‘INGAT’ kanlah kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita ” MAKE SURE LOCK YOUR CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA! .”
MAKE SURE ADA NBR. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YOUR HUSBAND/NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT KE BALAI POLIS BERDEKATAN (BILA ‘MEREKA’ KELUAR DARI KERETA) BERSAMA-SAMA MAKLUMAT KERETA MEREKA YANG MELANGGAR ITU SEPERTI NO. PENDAFTARAN KERETA, JENIS KERETA, WARNA KERETA,CIRI-CIRI PEMANDU, DLL YANG DIRASAKAN PENTING.

PLEASE……. TAKE THIS MESSAGE SERIOUSLY!

No comment »

kembali semula ke sekolah…

diam tak diam…dah sekolah semula…..mulanya rasa malaaassss sangat nak pi sekolah…tapi masuk ari ni rasa ok la sket…jalan pun tak brapa jem sangat….lancar jer pi n balik sekolah….tapi balik nya pukul 2.30 ke 3.oo la….

alhamdulillah…skarang dah stat ujan…sejuk la sikit…tapi anak2 sume jaga kesihatan ye…jangan selalu main kat luo umah…banyak2kan minum ayor suam….

result PKSR anak2 aku dah terima….alhamdulillah ada 2 3 orang anak murid aku yg tunjukkan peningkatan dlm subjek BM n Math…..yg pasti lagi 2 orang murid thn 2 dah kembali ke kelas biasa…..leganya…..dah semakin kecik la skala budak thn 2 heheheheh….tapi budak thn 5 plak….aduh….. tu yg aku balik pkl 2.30 tuh…..walau pun dua orang jer..tapi bila buat ayat…itu kereta pegi sungai kereta sama bas….ho….cam ner tu….????

emmmmmmmmm…..ada sapa2 buleh bagi idea???

No comment »

cuti-cuti Malaysia…

Cuti sekolah datang lagi…….

Anak2 la yg best,,,,,,sebagai ganjaran setelah ½ kesekolah dengan keputusan PKSR yang memberangsangkan….so aku bawak ler bebudak nih makan angin….

Yang tak sedapnya masuk ari ke2 kerani sekolah call kena pi interview SPP…so terpaksalah korbankan cuti…..apapun……masa ngan anak2 tu tetap berbaloi….

No comment »

salam kembali…

setelah hampir setahun blog ini dibiarkan sepi….kini aku kembali untuk meraikannya semula…..kali ni bukan sebagai cikgu pelatih lagi dah…dah jadi cikgu betoi2!!! heheheh…sebenaunya…banyak kenangan2 indah masa kat maktab ari tu…..tapi kekangan masa membuatkan aku tak dapat mengongsikan kenangan indah itu di sini…..tapi mungkin di angin lalu aku bisa mengungkap semula kenangan itu di sini….InsyaAllah…aku kan coba!!!

No comment »

hari ke 4

hari ni ari ke 4 aku pegi sekolah….tadi masa rehat aku round sekolah nengok bebudak main,berlari, makan, nangis…..

aku masuk kelas darjah 1…ada seorang budak pompuan nih…kaki dia sakit sbb 2 3 ari lepas dia jatuh…pastu kawan dia tersepak lak kaki dia…apa lagi nagish ler….so kawan aku pun pujuk dia…tapi dia lagi nangis siap panggil ibu!!! ayah!!!

nih yg buat aku teringat kat anak aku nih…so aku pun lap ler ayor mate die n gosok pale die…n cakap dah ler tu…taknak nangis…dah baik dah….

pastu dia pun diam n terus makan….so…moral of the story…aku nih ada sentuhan keajaiban ler ngan bebudok…..muahahahhaha…..perasan siot!!!

pastu pepagi tadi ada budak pemulihan yg aku dah kenal n ajar 2 3 ari nih…tak nak masuk kelas die asik datang ngok aku jer…..hehehehe perasan ler nih!!!

Comments (1) »